08-27
Banjir Nepal: Dua anggota JBPM gagal dihubungi
2026-08-27
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Ogos – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan dua anggotanya merupakan antara 55 rakyat Malaysia yang dilaporkan gagal dihubungi susulan bencana banjir besar yang melanda Nepal,Rabu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat terbaharu. Kali terakhir saya dapat menghubungi suami adalah pada Selasa.
“Keluarga kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menjejaki kedudukan mereka namun setakat ini tiada sebarang petunjuk dikesan,” katanya ketika dihubungi pihak RTM.
Sehingga kini,nasib ratusan penduduk tempatan dan pelancong asing di wilayah terjejas masih belum diketahui berikutan talian komunikasi dan akses jalan raya yang terputus akibat bencana tersebut.



