08-27
Banjir Nepal: 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi
2026-08-27
HaiPress

Foto AFP
KUALA LUMPUR,27 Ogos– Seramai 55 warganegara Malaysia yang dilaporkan berada di Daerah Rasuwa,Nepal,masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar akibat limpahan Sungai Bhote Koshi,semalam.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada masa ini,kementerian belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai kemalangan jiwa melibatkan warganegara Malaysia.
Dalam pada itu,seorang pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka,Bangladesh ditempatkan di Kathmandu bagi membantu usaha berkenaan,manakala Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya turut diaktifkan mulai pukul 12.00 tengah hari ini.
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dan ahli keluarga yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar di talian +603 8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my manakala Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu boleh dihubungi menerusi mwkathmandu@kln.gov.my.
Kementerian turut merakamkan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Nepal serta simpati kepada semua yang terjejas.



