08-14
Ekonomi Malaysia di landasan capai pertumbuhan 5 peratus
2026-08-14
HaiPress

Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour (dua,kanan) pada sidang media Prestasi KDNK Suku Kedua 2026 di Sasana Kijang / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Ogos – Ekonomi Malaysia kekal pada landasan kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus tahun ini,meskipun berdepan ketidaktentuan luaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada sidang media Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku Kedua 2026 di sini,hari ini.
Mengulas lanjut,Abdul Rasheed berkata,perbelanjaan isi rumah terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan,disokong peningkatan pendapatan yang stabil,simpanan serta langkah sokongan kerajaan.
“Faktor utama yang menyokong penggunaan ialah pendapatan,diikuti simpanan,sokongan dasar kerajaan dan pinjaman isi rumah.
“Bagaimanapun,pinjaman hanya menyumbang sebahagian kecil kepada penggunaan secara langsung,” katanya.
Mengenai kesan fenomena El Nino terhadap ekonomi,beliau berkata,impaknya dijangka berlaku secara berperingkat dan sebahagian besarnya terhad kepada sektor pertanian.
Sehubungan itu,perniagaan dan isi rumah disaran membuat persediaan awal serta menyesuaikan diri sekiranya keadaan bertambah buruk akibat fenomena berkenaan.



