Inflasi Malaysia 2026 kekal terkawal antara 1.5 hingga 2.5 peratus

2026-08-14     HaiPress

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 Ogos – Inflasi keseluruhan Malaysia 2026 kekal terkawal dalam lingkungan antara 1.5 hingga 2.5 peratus,meskipun berdepan perubahan tekanan kos luaran.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun,Abdul Rasheed berkata,inflasi juga berpotensi lebih rendah sekiranya permintaan global melemah dan keadaan bekalan global terus bertambah baik.

Keadaan itu boleh mengurangkan tekanan kos,sekali gus menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih rendah.

Menurut beliau,permintaan domestik yang stabil serta langkah bersasar kerajaan,termasuk subsidi bahan api,dijangka terus mengehadkan kesan kenaikan kos global terhadap harga pengguna.

“Memandangkan ketidaktentuan dalam persekitaran global masih berterusan,kami akan terus berwaspada dan memantau perkembangan semasa dengan teliti.

“Kami akan menilai kesan perubahan keadaan kos dan permintaan terhadap perkembangan inflasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu,inflasi utama Malaysia meningkat kepada 1.9 peratus pada suku kedua 2026 berbanding 1.6 peratus pada suku pertama,manakala inflasi teras menyederhana kepada 1.9 peratus daripada 2.1 peratus sebelumnya.

Menurut Abdul Rasheed,peningkatan inflasi keseluruhan itu sebahagian besarnya mencerminkan tekanan kos luaran yang lebih tinggi susulan konflik di Asia Barat.

“Harga bahan api,khususnya RON97 dan diesel,meningkat pada suku tersebut,menyebabkan inflasi bahan api meningkat kepada 5 peratus berbanding negatif 1.5 peratus pada suku pertama 2026,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.