UPM lancar PUTRA2, wakili Malaysia ke Student Formula Japan 2026

2026-06-26     HaiPress

Majlis Pelancaran PUTRA2

SERDANG,26 Jun – Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan PUTRA2,sebuah kereta lumba Formula SAE yang dibangunkan oleh pelajar Fakulti Kejuruteraan menerusi Putra Motorsport Team (PMT).

RINGKASAN BERITA AI

“Program ini mencerminkan sinergi yang kukuh antara semua pihak yang terlibat. Kita berharap penyertaan dalam program sebegini dapat mengasah bakat pelajar serta membantu mereka meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan.

“… sebagai persediaan untuk berbakti kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PUTRA2 di sini,hari ini.

Tambah beliau,projek seperti ini turut memberi peluang kepada pelajar meneroka inovasi,memimpin projek berskala besar serta membina kompetensi yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.

Sementara itu,kapten pasukan,Aliman Zafran Yuslaimi,berkata pasukannya menyasarkan kedudukan dalam kelompok 30 terbaik daripada kira-kira 83 pasukan yang dijangka bertanding.

Katanya,Formula SAE bukan sekadar pertandingan menguji prestasi kenderaan di litar,malah turut menilai aspek reka bentuk,dokumentasi teknikal serta pembentangan pelan perniagaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.