06-25
JPJ KL sita 43 kenderaan dipandu warga asing
2026-06-25
HaiPress

Pengarah JPJ WPKL,Hamidi Adam/Foto RTM
KUALA LUMPUR,25 Jun– Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) menyita 43 kenderaan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dijalankan di sekitar Taman Rekreasi Kampung Tasik Tambahan,Ampang hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sehubungan itu,Hamidi menegaskan bahawa pemilik kenderaan berdaftar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan kenderaan masing-masing,termasuk jika membenarkan warga asing memandu tanpa lesen sah bagi tujuan komersial.
“Kesalahan seperti penyalahgunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM),ketiadaan insurans serta pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran adalah serius dan boleh dikenakan tindakan tegas,” jelasnya.
Tambah beliau,semua kenderaan yang terlibat akan disita dan kes akan dibawa ke mahkamah sehingga selesai.
JPJ WPKL turut memberi jaminan akan terus memperhebat operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta membanteras penyalahgunaan kenderaan untuk tujuan komersial yang melanggar undang-undang.



