Keluarga migran hilang desak Mexico siasat

2026-05-15     HaiPress

Foto AFP

MEXICO CITY,15 Mei – Keluarga pendatang yang hilang di Mexico berkumpul di plaza Zocalo di sini bagi mendesak kerajaan membantu mereka mencari orang tersayang.

RINGKASAN BERITA AI

Secara rasmi,kerajaan Mexico telah mengumumkan sejumlah 130,000 orang hilang sejak 2006.

“Saya benar-benar meragui perkara itu,” kata Alicia Santos Torres,seorang warga Cuba yang cuba menjejaki anaknya Jorge Alejandro Lozada Santos yang hilang di Chiapas pada 2024.

“Jika (Presiden Mexico Claudia Sheinbaum) benar-benar mengambil berat tentang apa yang golongan ibu Amerika Latin katakan,dia akan mendengar dan mengetahui bahawa kita semua di sini mempunyai anak yang hilang di Mexico,” kata Santos Torres.

“Sempadan selatan telah menjadi koridor kematian bagi ramai pendatang,” tegasnya lagi.

Ramai ahli keluarga mereka telah hilang dalam bot yang berlepas dari Chiapas ketika membawa lebih 40 pendatang menuju ke utara pada 21 Disember 2024.

Keluarga itu berkata,penduduk tempatan takut untuk memaklumkan pihak polis mengenai mereka yang hilang kerana bimbang mereka boleh menjadi sasaran kumpulan penjenayah.

“Kami menyedari bahawa penduduk berasa takut… kerana takut akan tindakan balas penjenayah,” kata Oscar Enrique Hernandez,seorang warga Honduras yang mencari abangnya Ricardo Hernandez Barahona,yang hilang di atas bot.

“Apa yang kami tidak faham sebagai keluarga ialah tindakan tidak bertanggungjawab pendakwa raya kerana mereka pekakkan telinga,tidak mahu bertindak dan menyiasat,” katanya.

Perkara yang paling teruk menurut Hernandez ialah pulang ke negaranya dengan ‘tangan kosong’.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.