04-03
Berita palsu: Semak sumber, fahami konteks sebelum kongsi maklumat
2026-04-03
HaiPress

SHAH ALAM,3 APRIL – Tiga pendekatan utama perlu dilaksana sebagai usaha mengekang penyebaran berita palsu,iaitu membabitkan pendidikan literasi media,penguatkuasaan undang-undang yang tegas serta penyampaian maklumat rasmi yang pantas.
RINGKASAN BERITA AI
−
Ketiga agensi kerajaan dan pihak berkuasa mesti bertindak lebih pantas dalam menyalurkan maklumat rasmi. Dalam era digital ini jika maklumat benar itu lambat sampai,maklumat palsu yang akan sampai dahulu,” katanya ketika dihubungi RTM.
Dr Ima menyokong kenyataan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyeru rakyat supaya sentiasa menyaring berita dan mencari fakta yang betul,susulan peningkatan penyebaran maklumat palsu berkaitan harga minyak,barangan dan dasar kerajaan.
Justeru,beliau meminta orang ramai agar menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan kekeliruan dan kesan negatif kepada masyarakat dan negara.



