Penggunaan BUDI95 lebih mudah dengan Shell App

2025-11-26     HaiPress

Menurut Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia,Seow Lee Ming/ RTM

KUALA LUMPUR,26 November - Shell Malaysia mengumumkan pengintegrasian BUDI95 ke dalam aplikasi dalam taliannya,Shell App,sebagai sebahagian daripada usaha transformasi digital syarikat.

Menurut Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia,Seow Lee Ming,usaha tersebut adalah sebahagian daripada langkah syarikat untuk menyokong pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 oleh kerajaan.

Penyesuaian itu merupakan elemen penting dalam proses transformasi digital syarikat tersebut,yang melibatkan peningkatan keupayaan sistem dan aplikasi untuk kelancaran inisiatif BUDI95.

“Pada peringkat awal pelaksanaan,kami memberi tumpuan kepada penyediaan terminal pembayaran luar dan dalam stesen bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat menggunakannya dengan mudah.

''Disamping itu juga,kami juga akan terus meneliti kawasan yang sesuai untuk peluasan rangkaian selaras dengan pembangunan yang berlaku di seluruh Malaysia,bagi memudahkan rakyat," katanya selepas Pelancaran Integrasi BUDI95 dalam Shell App di sini.

Tambahnya,syarikat akan terus menyokong sebarang perubahan dasar dan pembangunan industri tenaga negara dan bersedia membuat penyesuaian yang diperlukan.

Ketika ini,Shell Malaysia mempunyai lebih 1,000 stesen di seluruh negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.