11-19
Komitment “Kecil tapi Pintar”: Selama Satu Dekad Projek “Champa Blossoms” China Southern Power Grid International (CSGI) Berterusan Menyokong Perkembangan Pendidikan dan Sukan di Kawasan Pergunungan Laos
2025-11-19
Sejak 2015, satu inisiatif kebajikan awam yang dinamakan sempena nama bunga kebangsaan Laos, “Dok Champa” telah berkembang mekar bersama pekerja-pekerja pembinaan China Southern Power Grid (CSG) di Laos.
Tanah Subur untuk Kemahiran dan Industri
Pada tahun 2018, pasukan kebajikan untuk Projek “Champa Blossoms” berjaya memindahkan 10,523 orang ke 14 buah tapak penempatan dan 37 buah kampung berdekatan stesen tenaga hidro. Sepanjang proses ini, pasukan tersebut menghormati adat-adat tempatan dan mewujudkan prosedur pemindahan yang ketat. Sebelum pemindahan, mereka membina kemudahan asas penting – air, tenaga, kuil, klinik, dan pasar – bagi membantu para penduduk untuk beradaptasi dengan mudah.
Pekerja warga Laos, Viengvilaylak yang dikenali juga sebagai “Ketua Kampung” oleh penduduk setempat menyatakan dengan jelas usaha teras untuk mengembalikan mata pencarian mereka: “Kerja kami terutamanya berkaitan 7 perkara: pengagihan tanah, mewujudkan asas latihan pertanian, menganjurkan kursus latihan kemahiran pertanian, melancarkan aktiviti penanaman dan pembiakan, mengagihkan alatan pertanian secara berkala, membangunkan ‘satu produk satu negara’, dan menyokong pembangunan komuniti.”
Inisiatif ini sekarang berjalan dengan baik; tapak penempatan semula sudah berubah, dan mata pencarian para penduduk kampung juga meningkat dengan cemerlang. Model penurunan kemiskinan luar negara ini yang menyepadukan hikmah orang Cina dengan keperluan penduduk tempatan telah diakui sebagai Kes Amalan Penurunan Kemiskinan Terbaik Global UN pada tahun 2024, membuktikan penyelesaian orang Cina terhadap usaha pembangunan global.
Membentuk Semula Ekosistem Pendidikan
Pada bulan Jun 2020, pasukan Projek “Champa Blossoms” melabur dan berjaya menyiapkan pembinaan dua “Sekolah Persahabatan China-Laos” dan menyerahkan kepada Kerajaan Laos 45 hari lebih awal dari yang dijadualkan. Sekolah tersebut dilengkapi dengan makmal komputer, perkakas yang lengkap, dan pencahayaan dan pengudaraan yang canggih
Projek ini mengubah persekitaran pembelajaran dan kehidupan untuk 500 orang pelajar dan guru. Selepas bertahun-tahun dibangunkan, Sekolah Persahabatan China-Laos menjadi aras penanda pendidikan peringkat wilayah. Perdana Menteri Laos, Phankham Viphavanh secara peribadinya, menandatangani dan menyerahkan pingat “Pembinaan dan Pembangunan Sekolah” untuk dua tahun berturut-turut. Televisyen Kebangsaan Lao juga menampilkan projek ini dalam banyak laporan dengan menyatakan bahawa “mereka bukan sahaja membawa tempat berteduh daripada hujan ribut kepada sekolah itu malah turut menyalakan harapan kepada anak-anak di kawasan pergunungan untuk mengubah nasib mereka.”

Syarikat: China Southern Power Grid International Co., Ltd.
Pegawai untuk dihubungi: Hu Jiayue
E-mel: hujiayue@csgihk.cn
Laman web: http://csgi.csg.cn/
Telefon:13652231789
Bandar: Guang Zhou



