Tiada pendaftaran diperlukan untuk terima SARA RM100 - Teo

2025-09-11     HaiPress

Kerajaan menegaskan tiada sebarang pendaftaran diperlukan bagi mendapatkan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 / Foto Hiasan / Bernama

SHAH ALAM,11 September – Kerajaan menegaskan tiada sebarang pendaftaran diperlukan bagi mendapatkan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100.

Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching berkata peringatan itu dibuat susulan aduan yang diterima berhubung hantaran di media sosial mendakwa penerima perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Menurut beliau,proses pemberian SARA dilaksanakan secara automatik tanpa sebarang pendaftaran tambahan.

“Apabila kita terima aduan hasil daripada Kementerian Kewangan,kami akan serahkan kepada pihak platform untuk diturunkan. Pada masa yang sama,saya ingin menegaskan kepada semua yang layak supaya tidak risau kerana memang tidak perlu membuat sebarang pendaftaran.

“Bagi mereka yang akan mencapai umur 18 tahun pada tahun ini,walaupun ketika ini masih berusia 17 tahun,mereka tetap layak. Hanya perlu membawa kad pengenalan ke kedai yang mengambil bahagian dalam program MyKasih untuk membelanjakan RM100 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) peringkat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor dan Kuala Lumpur,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.