Serangan Israel tidak jejas perdagangan, industri minyak Malaysia

2025-09-11     HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR,11 SEPTEMBER – Serangan Israel ke atas Qatar tidak memberi sebarang kesan langsung kepada Malaysia,khususnya dalam sektor minyak dan perdagangan.

Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,konflik berterusan di Gaza juga tidak menjejaskan aliran dagangan atau aktiviti perindustrian negara setakat ini,namun perkembangan semasa akan terus dipantau rapat.

“Jika keadaan tidak memuncak,ia tidak memberi kesan. Buat masa ini,tiada impak termasuk kepada sektor industri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan MyAERO Summit 2026 serta sambutan ulang tahun ke-10 National Aerospace Industry Corporation (NAICO) Malaysia di Menara MATRADE,di sini hari ini.

Mengulas industri aeroangkasa,beliau menegaskan insiden di Asia Barat,termasuk serangan udara Israel,tidak menjejaskan pertumbuhan sektor berkenaan di Malaysia.

Dalam pada itu,Zafrul berkata,pengiktirafan Kesatuan Eropah (EU) terhadap pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan memperkukuh rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

Menurut beliau,pusingan kedua rundingan FTA dijadual berlangsung pada November ini dengan Malaysia menjadi tuan rumah,selepas pusingan pertama yang diadakan di Brussels,Belgium,dari 30 Jun hingga 4 Julai lalu yang melibatkan 21 bab perundingan.

“Kita percaya FTA ini akan membantu mengurangkan sebahagian kesukaran dan cabaran dalam perdagangan serta pelaburan antara EU dan Malaysia,” jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.