OCPD Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru

2025-09-11     HaiPress

Foto Utusan

KUALA LUMPUR,11 September - Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala dipercayai terkena balingan batu oleh individu tidak dikenali ketika mengawal keadaan dalam operasi pemotongan bekalan elektrik beberapa rumah di Kampung Sungai Baru,di sini hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan susulan arahan mahkamah berhubung proses perobohan struktur rumah di kawasan itu.

Difahamkan,anggota polis yang bertugas turut mengarahkan penduduk yang berkumpul supaya bersurai,namun sebahagian daripada mereka enggan beredar dan terus melakukan provokasi. Gambar kecederaannya turut tular di media sosial.

Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata pihaknya bersedia mengatur gerak Pasukan Gerakan Am (PGA) sekiranya diperlukan bagi mengawal keadaan.

“Sekiranya kita menerima permintaan daripada kontinjen,semestinya PGA akan bantulah,” katanya pada sidang media selepas Ujian Rentas Halangan KDNKA di Markad Briged Tengah PGA,Cheras di sini. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.