07-31
Pegawai perubatan tetap wajib pilih penempatan di Sabah atau Sarawak
2025-07-31
IDOPRESS
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
KUALA LUMPUR,31 Julai -Kementerian Kesihatan (KKM) mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang dilantik ke jawatan tetap untuk memilih sekurang-kurangnya satu daripada tiga penempatan di Sabah atau Sarawak menerusi sistem e-placement 2.0.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,ia sebagai langkah menangani ketidakseimbangan agihan tenaga kerja kesihatan antara Semenanjung dan wilayah Borneo itu.
Katanya,pendekatan itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan merupakan sebahagian daripada usaha serius kerajaan mengatasi jurang penempatan pakar,doktor dan jururawat di seluruh negara.
"Yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jadi mewajibkan satu daripada tiga itu mesti diletakkan pilihan di Sabah dan Sarawak. Keduanya menetapkan kuota yang ini pun tidak pernah dilakukan. Kuota penempatan lantikan tetap sebanyak 650 di Sarawak dan 310 di sabah menerusi dalam sisitem e-placement 2.0," katanya menjawab soalan wakil Bentong Datuk Dr Richard Rapudi Dewan Rakyat.
Kementerian turut menetapkan kuota penempatan pegawai perubatan lantikan tetap iaitu sebanyak 650 orang di Sarawak dan 310 orang di Sabah,menjadikan keseluruhan penempatan di kedua-dua negeri itu 42.7% daripada jumlah keseluruhan 2,248 pegawai perubatan yang ditempatkan baru-baru ini.