07-10
PMR 2025 di Terengganu sedia pelbagai perkhidmatan kepada rakyat
2025-07-10
IDOPRESS
Foto Terengganu FM
KUALA LUMPUR,10 Julai - Program Madani Rakyat (PMR) 2025 kini berlangsung di Pasar Kedai Payang,Terengganu,bermula hari ini (Khamis) 10 Julai hingga Sabtu,12 Julai 2025.
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi,Mazlan Abd Mutalib berkata acara tersebut yang bertemakan pendekatan turun padang oleh pihak kerajaan membawa pelbagai perkhidmatan secara terus kepada rakyat dengan pelbagai pengisian menarik yang disediakan khas buat warga Terengganu.
"Sebanyak 24 reruai melibatkan pelbagai kementerian,jabatan dan agensi kerajaan termasuk penyertaan kerajaan negeri berada di lokasi,yang mempamerkan inisiatif dan bantuan yang boleh dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini hari ini.