Malaysia perlu guna diplomasi ekonomi tangani kesan tarif AS

2025-07-08     IDOPRESS

Dr Noor Nirwandy Mat Noordin menegaskan langkah rundingan masih penting untuk lindungi kepentingan ekonomi negara

KUALA LUMPUR 8 Julai - Malaysia perlu segera melaksana diplomasi ekonomi bagi menangani kesan tarif 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat bermula 1 Ogos ini.

Menurut pakar penganalisis keselamatan dan politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin,meskipun kadar tarif terhadap Malaysia lebih rendah berbanding beberapa negara ASEAN lain,langkah rundingan masih penting untuk melindungi kepentingan ekonomi negara.

“Malaysia perlu menggunakan pendekatan ASEAN secara kolektif atau perbincangan dua hala dengan Amerika bagi mengurangkan impak terhadap perdagangan dan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata,kesan tarif ini perlu dianalisis secara strategik melibatkan impak kepada pelaburan asing (FDI),harga barang,peluang pekerjaan serta keseimbangan mikro dan makroekonomi negara.

Dr Noor Nirwandy juga menekankan keperluan pelan mitigasi jangka pendek,sederhana dan panjang bagi memastikan kestabilan ekonomi rakyat,khususnya berkaitan kos sara hidup dan kuasa beli.

“Walaupun berdepan kuasa ekonomi seperti Trump yang cenderung melancarkan perang tarif,Malaysia harus melihat cabaran ini secara terbuka dan strategik,bukan semata-mata sebagai ancaman ekonomi,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.