05-28
Pelantikan Ahmad Fauwaz sebagai Mufti Wilayah Persekutuan, angkat martabat institusi fatwa
2025-05-27
HaiPress
Foto FB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
KUALA LUMPUR,26 Mei- Pelantikan Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai Mufti Wilayah Persekutuan mampu mengangkat lagi martabat institusi fatwa.
Ini termasuk memperkukuh peranan Jabatan Mufti dalam menyampaikan panduan yang tuntas,adil dan mendamaikan.
Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Menurut beliau,Wilayah Persekutuan sebagai jantung pentadbiran negara dan wajah kepelbagaian umat,memerlukan seorang mufti,yang bukan sahaja faqih dalam hukum,tetapi juga peka terhadap cabaran zaman.
"Semoga Allah SWT sentiasa membimbing langkah beliau dalam memikul amanah besar ini,menjunjung kebenaran dengan adab,dan memperteguh kefahaman Islam yang menyatukan ummah," kata Datuk Seri Dr Zaliha menerusi kenyataan.
Ahmad Fauwaz merupakan graduan Universiti Al-Azhar,Mesir,Pemegang Ijazah Sarjana Usul Fiqh dari Universiti Malaya,Sijil Profesional Fatwa dan pensijilan antarabangsa sebagai Certified Shariah Advisor and Auditor (CSAA).
Beliau aktif menyumbang kepada pelbagai institusi termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sektor kewangan serta akademik.
Menjadikan beliau sebagai tokoh yang sering dirujuk dalam isu-isu semasa berkaitan hukum dan maqasid syariah.
Ilmuwan yang sering muncul di pelbagai platform media itu juga dikenali sebagai tokoh muda yang mampu menjelaskan isu-isu keagamaan secara inklusif dan mudah difahami.