05-28
PM puji komitmen semua pihak jayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46
2025-05-26
IDOPRESS
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir melakukan pemeriksaan akhir persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,malam tadi/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Mei - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim bangga terhadap komitmen ditampilkan semua pihak dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Beliau turut kagum dengan kerjasama baik pelbagai Kementerian memastikan persidangan ini berjalan lancar.
“Saya melihat sendiri persiapan yang telah dilakukan dan berasa bangga dengan pasukan kita. Pegawai-pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar,MITI,Kementerian Kewangan,Kementerian Ekonomi,PDRM dan lain-lain telah bertungkus lumus bekerja sekian lama bagi memastikan kelancaran program,termasuk dari segi logistik yang saya lihat sangat teliti.
“Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan baik dan kita sudah cuba berbincang semua isu kerana sidang kemuncak ini lebih rumit memandangkan kita ada ASEAN,GCC dan China,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pra-Majlis ASEAN di sini,malam tadi.
Turut menghadiri mesyuarat,Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula Isnin memberi fokus kepada pelbagai perkara termasuk kerjasama serantau,kestabilan geopolitik dan integrasi ekonomi.