Jenazah kakitangan RTM, Allahyarham Khairul Azli selamat dikebumikan

2024-11-28     HaiPress

Suasana sedih dan pilu menyelubungi tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek,Kampung Tengah,Tualang,Pokok Sena ketika jenazah Penolong Pengarah Seksyen Perhubungan Antarabangsa,Jabatan Penyiaran Malaysia,Allahyarham Khairul Azli Rahim dikebumikan pagi tadi

POKOK SENA,28 November - Jenazah Penolong Pengarah Seksyen Perhubungan Antarabangsa,Allahyarham Khairul Azli Rahim,45 tahun selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek,di sini,pagi tadi.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dipenuhi ahli keluarga,sanak saudara,sahabat handai allahyarham dan penduduk kampung.

Turut hadir,rakan sekerja allahyarham di RTM Angkasapuri dan kakitangan dari Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Kedah.

"Arwah adik yang kami ini dari kecil sampai besar macam tu,dia (allahyarham) baik,tidak melawan dengan mak ayah,anak yang baik. Kali terakhir kami jumpa kenduri anak saya. Dia tidak pernah cakap apa masalah dia," kata abang allahyarham,Khairul Azman.

"Seorang yang sangat baik,banyak bantu selepas emak saya meninggal dunia,dia bantu bayar saya punya yuran,kalau saya perlukan duit dia akan beri tanpa banyak soal. Kenangan terindah ketika kami pergi ke Cameron Highland," kata anak saudara allahyarham,Muhammad Amzar.

"Saya tinggal serumah dengan dia selama 15 tahun. Saya sangat terasa akan kehilangan arwah," rakan serumah Mohd Fairuz.

Jenazah allahyarham telah dibawa ke kampung halaman di Pendang,Kedah bagi urusan pengebumian.

Urusan pengebumian dijalankan selepas selesai solat jenazah kali kedua pagi ini di Masjid Alor Pak Ngah Mukim Tajar dan kemudian jenazah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Jamek Kampung Tengah Tualang,Pokok Sena.

Allahyarham dikebumikan berdekatan dengan pusara arwah ibunya Fatimah Taha dan arwah bapanya Rahim Ibrahim.

Allahyarham pernah berkhidmat di Bilik Berita RTM sebagai wartawan,penerbit dan penyunting berita TV lebih 18 tahun sebelum bertukar ke Seksyen Perhubungan Antarabangsa sebagai Ketua Meja Perhubungan ASEAN.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.