12-20
JPJ pantau lori di kawasan kuari seluruh negara
2024-11-27 HaiPress
Foto RTM
NILAI,27 November - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus mempergiatkan operasi pemantauan pergerakan lori serta kenderaan berat di kawasan kuari seluruh negara.
Ketua Pengarah JPJ,Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,pihaknya menerima aduan daripada penduduk berhampiran kawasan kuari berhubung lori yang melanggar tempoh masa pergerakan ditetapkan serta membawa muatan yang berlebihan.
Meenurut beliau,anggota JPJ akan dikerah untuk membuat tinjauan di kawasan kuari dari semasa ke semasa
"Pemantauan JPJ di seluruh kawasan kuari kita lebih kepada untuk memastikan dakwaan bahawa pengusaha kuari tidak mematuhi pergerakan di kuari di seluruh negara,sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya kepada pemberita pada sidang di Persimpangan Jalan Kuari Labu-Nilai.
Terdahulu,Menteri Pengangkutan,Anthony Loke meminta JPJ menempatkan anggotanya di kawasan kuari agar tindakan tegas dapat diambil terhadap lori yang membawa muatan melebihi had.