Kerjasama awam-swasta, atasi isu perumahan di ibu kota

2024-10-27     HaiPress

Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR,26 Oktober- Kerjasama antara sektor awam dan swasta dilihat sebagai kunci dalam mengatasi cabaran perumahan di Kuala Lumpur.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur,Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif,usaha itu termasuk kerjasama dalam projek perumahan,pakej pembiayaan,dan insentif pemilikan rumah.

Dengan kolaborasi tersebut,ia dapat memastikan pemilikan rumah mampu milik lebih mudah diakses oleh semua golongan.

"Platform ini menggariskan kepentingan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menangani cabaran perumahan mampu milik dan kehidupan bandar.

Apabila membincangkan perumahan mampu milik,saya sentiasa menekankan prinsip 3 A iaiti 'Affordable' (mampu milik),'Accessible' (boleh diakses) dan 'Adequate' (mencukupi)," kata Dr. Maimunah kepada pemberita dalam ucapannya di Pameran Hartanah Malaysia (MAPEX) 2024.

Acara tersebut dianjurankan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA),berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC).

Edisi kali ini melibatkan kira-kira 27 pemaju,yang turut menampilkan projek pembangunan yang terletak di seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.