12-20
Rafizi fokus isu-isu kritikal, geopolitik di Sidang Kemuncak BRICS esok
2024-10-22 HaiPress
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli mengadakan Lawatan Kerja ke Kazan,Rusia pada 23 dan 24 Oktober 2024 untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus pada 23 dan 24 Oktober
PUTRAJAYA,22 Oktober - Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli akan mengadakan Lawatan Kerja ke Kazan,Rusia selama dua hari sempena Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus mulai esok.
Sidang kemuncak bertemakan ‘BRICS dan Selatan Global: Bersama-sama Membangun Dunia yang Lebih Baik’,diadakan susulan Sidang Kemuncak BRICS ke-16. Beliau turut dijadual menyampaikan kenyataan negara pada hari pertama sidang berlangsung.
Antara isu-isu kritikal yang menjadi fokus dalam sidang itu termasuk pembangunan mampan,pembaharuan sistem tadbir urus global,dan situasi geopolitik di Asia Barat.
Selain menghimpunkan pemimpin-pemimpin negara dan kerajaan,acara itu akan turut dihadiri menteri-menteri daripada sembilan negara anggota BRICS bersama wakil dari 20 negara jemputan bukan BRICS.
"Menerusi penglibatan aktif dalam Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus itu,Malaysia mengukuhkan komitmen untuk memperdalam hubungan dengan negara-negara BRICS dan menghadapi landskap ekonomi global yang kompleks dengan penuh ketahanan.
"Lawatan ini juga menyediakan platform strategik bukan sahaja untuk meneroka potensi peranan Malaysia dalam BRICS,tetapi juga untuk memperjuangkan kerjasama ekonomi,memupuk kemakmuran dan menggalakkan pembangunan inklusif bagi Selatan Global," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Rafizi turut dijadual mengadakan dengan rakan sejawat dari negara jemputan lain di sela-sela persidangan.
BRICS ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2009,bermula dengan empat negara (Brazil,Rusia,India,China),dan Afrika Selatan menyertai pada 2010.
Enam negara baharu menjadi anggota rasmi BRICS bermula Januari 2024,iaitu Arab Saudi,Iran,Ethiopia,Mesir,dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Manakala Argentina menarik diri pada saat akhir.