12-20
Niaga hadapan emas dijangka kekal disokong minggu depan
2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong minggu depan,didorong oleh kitaran pemotongan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS),peningkatan risiko geopolitik dan pilihan raya AS yang akan datang,kata seorang penganalisis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas telah mengalami kenaikan yang ketara,memacu logam itu ke arah paras tertinggi.
“Ketika bank-bank pusat pasaran sedang pesat membangun terus menjauhi dolar AS dan cabaran ekonomi China telah meningkatkan permintaan tempatan di Asia,emas berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan prestasinya,” katanya kepada Bernama.
Dari Jumaat ke Jumaat,bulan semerta September 2024 naik kepada AS$2,614.20 setiap auns troy berbanding AS$2,575.00 setiap auns troy yang disaksikan pada minggu lepas.
Sementara itu,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024,Februari 2025 serta April 2025 semuanya lebih tinggi pada AS$2,627.00 daripada AS$2,587.30 setiap auns troy sebelum ini.
Jumlah dagangan susut kepada 82 lot berbanding 85 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya,manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 44 kontrak daripada 74 kontrak.
Harga emas fizikal berada pada AS$2,575.35 setiap auns troy,menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 19 September. -BERNAMA