12-20
AGO 2.0, aspek kesaksamaan gender terus diperkasa
2024-09-11 berita.rtm.gov.my HaiPress
Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) berkata pelancaran edisi kedua ASEAN Gender Outlook (AGO 2.0) menonjolkan kepimpinan Malaysia dalam memacu inisiatif berfokuskan gender di rantau ini / Foto FB Menteri
KUALA LUMPUR,10 September – Malaysia komited memperjuangkan kesaksamaan gender melalui agenda pembangunan di seluruh ASEAN,bertujuan memberi peluang kepada golongan wanita membina masa depan yang lebih cerah.
Menteri Pembangunan Wanita,Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelancaran edisi kedua ASEAN Gender Outlook (AGO 2.0) menonjolkan kepimpinan Malaysia dalam memacu inisiatif berfokuskan gender di rantau ini.
"Kita mesti terus mengintegrasikan perspektif gender dalam setiap aspek agenda pembangunan. Penemuan AGO 2.0 memberikan laluan dan menonjolkan bidang di mana usaha kita perlu digandakan," katanya pada Majlis Pelancaran AGO 2.0 di ibu negara.
Nancy turut memaklumkan bahawa edisi kali ini memberi tumpuan kepada isu ketidakjaminan makanan,akses kepada penjagaan kesihatan dan jurang teknologi.