12-20
Isu 3R Muhyiddin: Pembangkang, usah main sentimen politik- PM
2024-08-29 berita.rtm.gov.my HaiPress
Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani / FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Ogos- Pembangkang diingatkan untuk tidak bermain dengan sentimen politik susulan pendakwaan Pengerusi Perikatan Nasional,Tan Sri Muhyiddin Yassin bawah Akta Hasutan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,PDRM menerima laporan berkenaan yang secara terus daripada Istana Pahang.
"Saya nak nasihatkan,isu ini diangkat okeh Istana Pahang,awak melanggar peraturan dan sudah terlanjur,awak perlu menghadapinya.
"Tak usah gunakan hal ini sebagai politik,sebab itu saya saya langsung tidak jawab itu ini," katanya kepada media pada Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Residensi Suria Madani.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Hamzah yang menyifatkan Perdana Menteri sebagai hipokrit dalam menggunakan Akta Hasutan terhadap Tan Sri Muyhiddin.
Presiden Bersatu itu tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut sewaktu berkempen di PRK Nenggiri pada 14 Ogos lalu.