12-20
Capai 20.5 juta tontonan media sosial, kerajaan negeri sedia bantu promosi MELAKAfm
2024-08-13 berita.rtm.gov.my HaiPress
Exco Sains,Teknologi,Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka,Datuk Fairul Nizam Roslan
ALOR GAJAH,12 Ogos-Kejayaan MELAKAfm memperoleh 20.5 juta tontonan media sosial,membuktikan ia berjaya menarik minat pendengar.
Exco Sains,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata,kerajaan negeri sedia membantu mempromosikan MELAKA FM untuk terus menjadi pilihan utama seluruh masyarakat.
"Jadi saya berharap selepas ini rakyat Melaka dapat bersama-sama mengikuti MELAKAfm dan kita nak jadikan MELAKAfm radio nombor satu negara.
"Pertamanya sudah pasti perancangan di peringkat Jabatan. Keduanya MELAKAfm ini bukannya baru di hati rakyat MELAKA. Sudah lama,tambahan pula dengan pelbagai siaran yang telah direncana melbatkan
pelabagai faktor umur",katanya demikian selepas bersiaran di segmen Cerita Pagi Melaka di sini.
Sementara itu,Pengarah Penyiaran Melaka,Siti Norbaini Khairi berkata,MELAKAfm berjaya menjalin hubungan harmoni bersama pendengar di semua platform media sosial stesen radio tersebut.
"Saya rasa dengan bilangan 20.5 juta yang kita dapat kita bukan sahaja meluaskan kita punya pendengar dalam negara malah kita dapat mendunia sebenarnya.
MELAKAfm telah didengari di seluruh dunia apa yang penting selain daripada mendapatkan nombor yang berjuta-juta adalah menjalinkan hubungan manusiawi dengan pendengar dan menambah bilangan pendengar di MELAKAfm sekaligus melanggani semua media sosial kami",katanya.