12-20
YADIM dan MAINJ bekerjasama bantu asnaf di Johor
2024-07-27 berita.rtm.gov.my HaiPress
Program Sumbangan Bakul Makanan oleh YADIM dan MAINJ di Taman Mutiara Rini,Johor Bahru
JOHOR BAHRU,27 Julai- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berganding bahu bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ),untuk meringankan beban golongan asnaf di Johor.
Pengarah YADIM Johor,Muhammad Amar Abdullah berkata,bantuan dijalankan pada hari ini,melibatkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai,kepada 20 asnaf di Taman Mutiara Rini,Johor Bahru.
Beliau berkata bantuan tersebut dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka,yang perlu menghadapi kos sara hidup pada ketika ini.
"Kita telah sampaikan sebanyak 18 penerima di surau dan dua penerima yang kita ziarah adalah orang yang kurang upaya,dari segi penglihatan dan pegerakannya,"katanya.
Mohammad Ammar ditemui pemberita dalam Program Sumbangan Bakul Makanan di Taman Mutiara Rini,Johor Bahru,Johor.