08-26
Jerebu tebal jejas aktiviti, kesihatan warga kota
2026-08-26
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Ogos – Keadaan jerebu yang melanda kawasan Lembah Klang kini berada pada tahap membimbangkan,sekali gus menjejaskan aktiviti harian serta kesihatan orang awam.
RINGKASAN BERITA AI
−
Bagi Zafdlin Hasnoal,keadaan cuaca yang tidak sihat ini memaksa beliau menghentikan aktiviti senaman di luar dan beralih ke dalam bangunan demi menjaga kesihatan.
“Keadaan jerebu sekarang amat tebal sehingga mercu tanda seperti KLCC dan Menara Merdeka 118 tidak lagi dapat dilihat dengan jelas. Malah,saya turut mengalami semput dan batuk sebaik sahaja bangun tidur.
“Sebagai seorang yang aktif bersukan,saya kini tidak dapat lagi berlari di luar kerana kualiti udara yang semakin merosot dan menjejaskan pernafasan,” katanya.
Sementara itu,Khairunnisa Ayuni Khali,menyarankan agar orang awam mula mengambil langkah awal dengan memakai pelitup muka bagi mengelakkan risiko gangguan pernafasan ketika berada di kawasan terbuka.
Hari ini saya perlu berada di luar untuk berjalan dan bergerak ke beberapa lokasi,menyebabkan saya mula berasa sedikit sesak nafas dan cepat penat.
“Pada pandangan saya,orang awam perlu mula mengambil langkah perlindungan kendiri,termasuk memakai pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka,” katanya.
Melihat kepada kualiti udara yang menjejaskan rutin seharian,warga kota kini mengambil langkah mengurangkan pergerakan luar serta mengamalkan perlindungan kendiri sementara menunggu keadaan kembali pulih.



