PM pantau operasi bawa pulang rakyat Malaysia

2026-03-09     HaiPress

Perdana Menteri turut menekankan nyawa setiap rakyat Malaysia,diutamakan/Foto FB PM

KUALA LUMPUR,9 Mac – Operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik di Asia Barat,akan dipantau secara serius.

RINGKASAN BERITA AI

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan memantau proses berkenaan,setelah pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN),hari ini.

“Perdana Menteri turut menekankan nyawa setiap rakyat Malaysia,diutamakan dalam apa juga situasi terutamanya keadaan kritikal yang tidak menentu.

“Mengambil keberkatan Ramadan,Datuk Seri Anwar mendoakan agar keseluruhan operasi evakuasi zon konflik di Asia Barat dipermudah,berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia yang terjejas dapat dibawa pulang dengan selamat,” katanya dalam taklimat media Pejabat Perdana Menteri,menerusi Facebook.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.