09-03
Junior Innovathon 2026: Terima penyertaan berganda, lebih 6,000 peserta
2026-09-04
HaiPress

Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir merasmikan Junior Innovathon Musim Kedua 2026./ RTM
KUALA LUMPUR,4 September – Junior Innovathon Musim Kedua 2026 tampil lebih inklusif dan kompetitif apabila jumlah penyertaan yang diterima melebihi jangkaan,lebih 6,000 peserta,menurut Menteri Ekonomi,Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Untuk meyakinkan juri profesional menerusi pitching dalam tempoh dua minit bukan mudah. Ada elemen bagaimana mereka menyampaikan,menyatakan masalah dan penyelesaian yang dikemukakan,” katanya.
Beliau berkata,sasaran awal program adalah untuk menerima 3,000 penyertaan,manakala pengembangan ekosistem Junior Innovathon tahun ini turut membolehkan penilaian bakat dan idea peserta dibuat dengan lebih menyeluruh.
Katanya,perkembangan ekosistem itu turut mendapat sokongan rakan strategik termasuk Kementerian Pendidikan,Kementerian Komunikasi,Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi serta rakan penaja.
Sementara itu,sebanyak 2,092 penyertaan diterima sepanjang tempoh pendaftaran dari 14 Jun hingga 10 Ogos lalu sebelum proses penjurian oleh 15 juri berkelayakan dilaksanakan.
Daripada jumlah itu,1,875 pasukan layak ke peringkat saringan,merangkumi 1,270 penyertaan sekolah menengah,605 sekolah rendah dan 75 penyertaan daripada kategori MBPK.
Sebanyak 50 pasukan terbaik,masing-masing 25 sekolah menengah dan 25 sekolah rendah,dipilih untuk berentap menerusi lima episod bagi merebut tempat ke kemuncak Junior Innovathon.
Junior Innovathon Musim Kedua 2026 akan mula bersiaran pada 20 September ini,manakala kemuncak pemilihan juara dijadual berlangsung pada 1 November.
Program dikendalikan hos versatil Alif Satar itu bersiaran setiap Ahad,pukul 9 hingga 10.30 malam menerusi TV1 serta RTMKlik.



