09-03
Operasi SAR dipergiat di Pelabuhan Gyirong, petugas berdepan cabaran besar
2026-09-04
HaiPress

Foto Reuters
GYIRONG,4 September – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipergiat di kawasan paling teruk terjejas akibat tanah runtuh di Pelabuhan Gyirong.
RINGKASAN BERITA AI
−
Risiko tanah runtuh dan runtuhan batu ketika operasi kekal tinggi,susulan hujan berterusan menyebabkan tanah di kawasan sekitar pergunungan menjadi tepu.
Selain itu,beberapa tasik empangan semula jadi yang tidak stabil di kawasan hulu Gyirong turut menimbulkan ancaman kepada anggota penyelamat.
Menurut Timbalan Ketua Pasukan Tinjauan Penyelamat Kecemasan Kebangsaan,Yu Zhengxing berdasarkan penilaian awal mendapati kawasan tersebut merupakan zon berisiko tinggi bencana geologi dan berpotensi berlaku runtuhan batu.
“Teknologi radar digunakan bagi mengesan perubahan kecil pada struktur tanah,membolehkan pasukan penyelamat diberi amaran dan dipindahkan segera jika keadaan bertambah buruk,” katanya.
Pemantauan cuaca,paras air,kawasan pergunungan,empangan akibat tanah runtuh dan glasier turut dipertingkat dengan peralatan pemantauan dipasang untuk beroperasi sepanjang masa.
Pada masa sama,petugas perubatan menjalankan operasi pembasmian kuman dan pencegahan wabak bagi melindungi kesihatan anggota penyelamat serta penduduk.
Operasi turut berdepan faktor keletihan kerana anggota keselamatan bekerja dalam tempoh panjang pada altitud tinggi.
Susulan itu,mereka digilirkan dan diberikan sokongan psikologi bagi memastikan operasi dapat diteruskan.
Hujan juga dijangka berterusan dalam beberapa hari akan datang dengan paras Sungai Gyirong Zangbo berpotensi meningkat sekali gus menambah cabaran kepada pasukan penyelamat.
Kerajaan wilayah melaporkan 546 orang masih hilang di Pelabuhan Gyirong,manakala sekurang-kurangnya 16 orang disahkan maut di lokasi berkenaan. – REUTERS



