Tiada ahli politik aktif anggotai Lembaga Pengarah TH

2026-09-03     HaiPress

Pengerusi Tabung Haji,Tan Sri Abdul Rashid Hussain (kanan) ketika menjadi panel program Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji di Bangi,Selangor – Foto RTM

BANGI,3 September– Lembaga Tabung Haji (TH) tidak lagi melantik ahli politik aktif menganggotai lembaga pengarahnya.

RINGKASAN BERITA AI

“Kejayaan itu turut didorong sokongan dua menteri yang pernah dan sedang bekerja dengan saya.. yang memahami pendirian saya untuk tidak membawa unsur politik ke dalam pengurusan Tabung Haji.

“Tabung Haji kini mempunyai barisan ahli lembaga pengarah yang berintegriti,berdisiplin serta mempunyai reputasi yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi panel program Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji di sini.

Beliau turut memaklumkan,kuasa telah diberikan kepada ahli lembaga pengarah menerusi jawatankuasa-jawatankuasa yang diwujudkan bagi memastikan pengurusan TH dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu,Tan Sri Abdul Rashid menegaskan tiada campur tangan politik berlaku sepanjang tempoh beliau menerajui TH.

Menurutnya,pendekatan pengurusan secara profesional itu telah membantu TH berada pada landasan pemulihan dan transformasi yang lebih kukuh.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.