Potensi penjawat awam berwakaf masih besar – Dr. Zulkifli

2026-09-03     HaiPress

Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan menyempurnakan Majlis Penerimaan dan Penyerahan Dana Wakaf Tunai Malaysia di Putrajaya./ Foto IKIMfm

PUTRAJAYA,3 Sept – Potensi memperluas penyertaan penjawat awam dalam wakaf masih signifikan apabila jumlah pewakaf melalui kemudahan potongan gaji ketika ini hanya sekitar satu peratus daripada keseluruhan penjawat awam.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penerimaan dan Penyerahan Dana Wakaf Tunai Malaysia di Putrajaya.

Sehingga 31 Disember tahun lalu,kutipan terkumpul menerusi kemudahan potongan gaji YWM mencecah RM21.29 juta,melibatkan 10,963 pewakaf.

Ia membabitkan kerjasama dengan lapan MAIN iaitu Terengganu,Sabah,Johor,Kedah,Wilayah Persekutuan,Melaka,Negeri Sembilan dan Perlis.

Pada majlis sama,Dr Zulkifli turut menyaksikan penerimaan wakaf tunai persendirian berjumlah RM1 juta kepada YWM.

Wakil pewakaf,Norfadzilla Fakhari berkata,hubungan baik dengan YWM serta keyakinan terhadap reputasi dan tadbir urus yayasan itu menjadi antara faktor pihaknya memberikan kepercayaan untuk menguruskan wakaf berkenaan.

“Pertama,kita ada hubungan baik dengan Yayasan Waqaf Malaysia dan kita tahu Yayasan Waqaf Malaysia dari segi reputasi mereka sangat telus dan juga sangat menyelia seluruh Malaysia.

“Pewakaf memberi sepenuh kepercayaan kepada tadbir urus dan juga ahli lembaga yang ramai dan beliau yakin Yayasan Waqaf Malaysia yakin mentadbir harta beliau,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.