Tidak hormati Jalur Gemilang, tindakan tegas perlu diambil

2026-08-14     HaiPress

Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM),Datuk Dr Roslan Hussin.

PUTRAJAYA,14 Ogos – Tindakan undang-undang tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang gagal menghormati Jalur Gemilang,termasuk memasangnya secara terbalik atau menggunakan bendera yang tidak cukup sifat.

RINGKASAN BERITA AI

Tambah beliau,Jalur Gemilang merupakan lambang maruah dan identiti negara yang perlu dijaga serta dipelihara sebaik-baiknya oleh setiap rakyat Malaysia.

Justeru,setiap komponen pada bendera kebangsaan perlu diberikan perhatian,sama ada dalam bentuk cetakan,sulaman atau apa-apa medium paparan.

Dalam pada itu,Datuk Dr Roslan berpandangan tindakan berbentuk amaran atau denda masih belum mencukupi untuk membendung kesalahan berkenaan.

Katanya,ketegasan undang-undang perlu seiring dengan usaha advokasi dan pendidikan,terutama ketika setiap negara semakin menitikberatkan identiti serta nilai kenegaraan masing-masing.

Pada masa sama,beliau memaklumkan AKM telah melaksanakan lebih 2,000 program di bawah inisiatif Aku Kasih Malaysia sejak dilancarkan tahun lalu,dengan tumpuan menyemai rasa cinta akan negara serta memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.