08-14
Indonesia capai tahap sara diri bagi lapan komoditi makanan – Prabowo
2026-08-14
HaiPress

Presiden Indonesia,Prabowo Subianto/ REUTERS
JAKARTA,14 Ogos – Presiden Indonesia,Prabowo Subianto pada Jumaat berkata,bekalan makanan negara itu terjamin,dengan tahap sara diri dicapai bagi lapan komoditi makanan,meskipun berdepan risiko cuaca ekstrem tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Dalam pada itu,beliau yakin Indonesia mampu mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus menjelang akhir tahun ini,dengan pelaburan di Indonesia akan terus berkembang,sekali gus membantu mewujudkan peluang pekerjaan
Prabowo turut menekankan kawalan lebih ketat terhadap sektor utama lain,termasuk tindakan membanteras perlombongan bijih timah secara haram,serta penyusunan semula syarikat milik negara.
Bekas komander pasukan khas itu memegang jawatan presiden pada Oktober 2024 selepas kemenangan besar dalam pilihan raya,berlandaskan janji untuk membanteras rasuah,meningkatkan pertumbuhan ekonomi daripada lima peratus kepada lapan peratus,serta menyediakan makanan percuma kepada jutaan kanak-kanak.
Namun,pentadbirannya berdepan pelbagai cabaran tahun ini termasuk kejatuhan nilai rupiah dan prestasi pasaran saham yang kurang memberangsangkan,selain kebimbangan mengenai perbelanjaan kerajaan yang berlebihan,serta kebebasan bank pusat.
Program makanan percuma yang menjadi dasar utama pentadbirannya turut terjejas akibat pemotongan belanjawan dan dakwaan salah urus. -REUTERS



