Albanese rayu Trump kecualikan Australia daripada tarif 12.5%

2026-08-14     HaiPress

Perdana Menteri Australia,Anthony Albanese/ Foto REUTERS

SYDNEY,14 Ogos – Perdana Menteri Australia,Anthony Albanese telah meminta Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump supaya mengecualikan negara itu daripada tarif yang dikenakan pada Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI

“Kerajaan kami berpandangan bahawa tarif merupakan beban ekonomi dan kos kepada negara yang mengenakannya,dan kami menyokong perdagangan bebas dan adil,” kata Albanese.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan perkembangan berhubung kerjasama AUKUS,yang menyaksikan Australia dijangka menerima sekurang-kurangnya tiga kapal selam berkuasa nuklear kelas Virginia dari AS dalam tempoh 15 tahun.

Albanese berkata,beliau turut membangkitkan isu perang di Asia Barat,selain mengulangi pendirian Canberra bahawa Tehran tidak boleh dibenarkan memiliki senjata nuklear.

“Saya menyatakan pendirian kami,ingin melihat konflik ditamatkan,” katanya. -AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.