08-14
Penambahbaikan SOP pengimbasan lapangan terbang dibentang minggu depan
2026-08-13
HaiPress

Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,13 Ogos– Penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pengimbasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dibentangkan kepada Kabinet minggu depan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Daripada segi mesin-mesin pengimbas ini,sudah tentu kita akan melihat skop dan SOP untuk memastikan semua mesin pengimbas itu dapat ditambah baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Tahun 2026 dan Pelancaran Bulan Kebangsaan kementerian itu di Putrajaya.
Tambah beliau,Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia serta Malaysia Airports Holdings Berhad turut memperketat saringan keselamatan.
Selain itu,Malaysia Aviation Group juga diminta meningkatkan pengawasan dan saringan terhadap juruterbang serta kru kabin.
Langkah sama perlu dilaksanakan syarikat penerbangan lain bagi memperkukuh tahap keselamatan sektor penerbangan negara.
Sebelum ini,seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta,Jakarta pada 29 Julai lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah.
Mengulas siasatan kes itu,Anthony berkata,Malaysia menghormati bidang kuasa serta proses perundangan Indonesia.
Kerajaan,katanya,akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Indonesia berhubung kes tersebut.



