RCI TH: SPRM kenal pasti lapan isu baharu

2026-08-13     HaiPress

Foto BERNAMA

KUCHING,13 Ogos– Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti lapan isu baharu untuk disiasat susulan penelitian lanjut terhadap laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata lapan isu tambahan yang ditemui itu berkaitan dengan pelaburan yang bermasalah.

Menurutnya,isu pertama membabitkan Deru Semangat Sdn Bhd yang berkaitan dengan perladangan sawit.

Isu kedua melibatkan Abraj Sdn Bhd,iaitu pelaburan yang dibuat di Malaysia,isu ketiga membabitkan Putrajaya Perdana Berhad yang berkaitan dengan pembinaan atau korporat di Malaysia.

Sementara itu,isu keempat membabitkan Al Raudhah Real Estate yang melibatkan urusan penyewaan hotel di Mekah dan Madinah.

Isu kelima pula berkaitan Al-Farida Residential Fund,iaitu pelaburan yang dibuat di Arab Saudi.

Tiga isu lain membabitkan TH Properties Sdn Bhd berkaitan pelaburan hartanah di Malaysia,TH Marine Sdn Bhd yang menjalankan perkhidmatan perkapalan sokongan serta TH Hotel and Residence yang melibatkan pelaburan hartanah dan perhotelan di Malaysia.

Jelas beliau kontrak perjanjian,minit-minit mesyuarat terhadap apa jua keputusan dan perkara yang berkaitan kepada pelaburan yang bermasalah itu akan diteliti dengan khusus dengan kepakaran tertentu serta mengambil masa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.