08-13
Pengeluaran pasport lebih 10 tahun dihentikan serta-merta, JIM tawar penggantian percuma
2026-08-12
HaiPress

Gambar hiasan / Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun,sehingga isu diselesaikan dengan syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
RINGKASAN BERITA AI
−
Datuk Zakaria berkata,JIM mengambil maklum isu tular membabitkan beberapa pemegang PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun yang menghadapi kesulitan untuk melakukan perjalanan ke luar negara.
Katanya,JIM sebelum ini sudah merujuk perkara itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.
Bagaimanapun,beliau berkata,kekeliruan timbul apabila beberapa pemegang pasport terbabit menghadapi masalah ketika proses daftar masuk dengan syarikat penerbangan tertentu di luar negara.
Isu itu sebelum ini tular di media sosial susulan dakwaan seorang pengembara Malaysia berdepan kesulitan berkaitan tempoh sah laku pasport ketika berada di Dubai,Johannesburg dan Windhoek.
Wanita berkenaan menerusi perkongsian di Threads mendakwa,sistem yang digunakan pihak berkuasa atau syarikat penerbangan tertentu tidak dapat menerima pasport dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun.
Sebelum ini,JIM telah melancarkan struktur baharu PMA dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Pengenalan PMA 10 tahun bertujuan mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport,menjimatkan masa pengguna serta memudahkan urusan perjalanan dalam dan luar negara.



