08-13
MAHA 2026 tampil dengan tarikan, keistimewaan baharu
2026-08-12
HaiPress

Datuk Seri Isham Ishak
SERDANG,12 Ogos – Penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 tampil dengan pelbagai tarikan dan keistimewaan baharu kepada pengunjung antaranya Agro Safari,Floating Market,Kiddies Wonderland serta penambahan pavilion negeri.
RINGKASAN BERITA AI
−
Lebih istimewa pada malam Ambang Merdeka akan diadakan pertunjukan cahaya termasuk persembahan khas yang menggabungkan pertunjukan dron bersama bunga api.
Para pengunjung yang hadir turut berpeluang menikmati pelbagai tawaran diskaun bagi produk agro sepanjang penganjuran MAHA 2026.
Bertemakan ‘Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan’,MAHA 2026 akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),Serdang,dengan penglibatan lebih 2,000 pempamer dari dalam dan luar negara.



