08-14
PM persoal pihak lebih utamakan polemik politik berbanding RCI TH
2026-08-11
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Ogos– Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pihak yang didakwa lebih memberi tumpuan kepada polemik politik berbanding penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).
RINGKASAN BERITA AI
−
Terdahulu,sebahagian blok pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan berhubung Laporan RCI TH hari ini.
Tindakan itu berlaku ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan berkenaan yang dimulakan pada pukul 10.00 pagi.
Mesyuarat khas dimulakan dengan sesi penerangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Dr Zulkifli Hasan,sebelum diteruskan dengan sesi pertanyaan dan perbahasan Ahli Parlimen.
Blok pembangkang sebelum ini meminta sidang khas berkenaan ditangguhkan susulan ketidakhadiran Datuk Seri Anwar atas faktor kesihatan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bagaimanapun menegaskan sidang khas itu perlu diteruskan,sambil menjelaskan kehadiran Timbalan Perdana Menteri serta menteri berkaitan mencukupi untuk mewakili kerajaan.
Dalam perkembangan sama,Ahli Parlimen Putrajaya,Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menggesa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat itu dilanjutkan sekurang-kurangnya dua hari.
Beliau berpandangan tempoh sehari tidak mencukupi untuk Ahli Parlimen meneliti keseluruhan laporan RCI yang melibatkan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Laporan setebal 211 halaman itu mengandungi 25 syor penambahbaikan berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH.
Sidang khas Dewan Rakyat hari ini turut memberi tumpuan kepada langkah susulan terhadap dapatan dan syor RCI,termasuk usaha memperkukuh tadbir urus,semak dan imbang serta memastikan kepentingan jutaan pendeposit TH terus dilindungi.



