08-13
Mayat juruterbang nahas pesawat di Garisan Nazca diserah kepada keluarga
2026-08-05
HaiPress

Mayat juruterbang dalam nahas pesawat berhampiran Nazca diserahkan kepada keluarga/ REUTERS
PERU,5 Ogos – Pihak berkuasa Peru pada Selasa menyerahkan mayat juruterbang yang terkorban dalam nahas pesawat berhampiran Garisan Nazca pada Sabtu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pihak berkuasa turut memaklumkan sampel biologi daripada 11 pelancong warga Eropah yang terkorban telah dihantar ke sebuah makmal di Ayacucho untuk dipadankan dengan sampel ahli keluarga mereka di luar negara.
Dalam perkembangan sama,pasukan forensik berjaya mengenal pasti seorang mangsa warga asing melalui nombor pengenalan unik pada implan pinggul yang ditemukan di lokasi nahas.
Cueto berkata,pihak pendakwa raya sedang meneliti sama ada mayat mangsa itu boleh diserahkan kepada keluarga sebelum keputusan ujian DNA diperoleh,memandangkan identitinya telah disokong oleh bukti forensik yang kukuh.
Pejabat Pendakwa Raya Peru dijangka menyerahkan lebih banyak mayat kepada waris selepas proses pengesahan saintifik bagi setiap mangsa selesai.
Garisan Nazca (Nazca Lines) merupakan kawasan tapak arkeologi terkenal di Peru dan sering menjadi tarikan kepada pelancong asing menikmati nilai sejarah kawasan tersebut.- REUTERS



