GERD disasar meningkat kepada 2.5 peratus daripada KDNK

2026-07-29     HaiPress

Gambar Hiasan / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 Julai – Kerajaan menyasarkan Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) meningkat kepada 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI

“Bidang berkenaan termasuk kedaulatan dan keterjaminan makanan serta tenaga,penciptaan nilai dalam industri sawit,teknologi kuantum,penjagaan kesihatan digital,industri semikonduktor termaju dan pemerkasaan masyarakat menua.

“Kerjasama antara kerajaan,industri dan akademia turut akan diperkukuh menerusi perkongsian kemudahan penyelidikan,pembentukan konsortium strategik serta penyelarasan pelaburan R&D merentas kementerian dan agensi,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar di Dewan Negara.

Jelasnya lagi,pengkomersialan hasil penyelidikan pula akan dipercepat menerusi Technology Commercialisation Accelerator (TCA),National Technology and Innovation Sandbox (NTIS),dana Cradle serta program pembangunan syarikat pemula dan teknopreneur.

“Pendekatan itu bertujuan memastikan peningkatan GERD tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata.

“sebaliknya dipacu bersama sektor swasta dan industri bagi menghasilkan teknologi,meningkatkan produktiviti serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi,” jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.