Pembaharuan CDL warga emas tidak wajib pemeriksaan kesihatan

2026-07-16     HaiPress

Datuk Hasbi Habibollah

KUALA LUMPUR,16 Julai – Kementerian Pengangkutan (MOT) pada masa ini tidak mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebagai syarat tambahan bagi pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) kenderaan persendirian bermula pada usia 70 tahun ke atas.

RINGKASAN BERITA AI

Bagaimanapun kementerian itu mengambil maklum trend penuaan populasi di Malaysia dengan peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas kini telah melebihi tujuh peratus berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sehubungan itu,MOT sentiasa meneliti amalan terbaik antarabangsa berkaitan pelesenan pemandu warga emas.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS),dapatan kajian dan analisis antarabangsa menunjukkan tiada bukti yang konklusif bahawa pengenalan pemeriksaan kesihatan mandatori berasaskan umur mampu mengurangkan kadar kemalangan secara signifikan.

Pada masa sama,sekatan yang dikenakan berdasarkan faktor umur semata-mata berpotensi menjejaskan mobiliti dan kesejahteraan warga emas,khususnya dalam mengakses perkhidmatan kesihatan,urusan harian dan aktiviti kemasyarakatan.

Peningkatan usia tidak semestinya menyebabkan seseorang hilang keupayaan untuk memandu kerana tahap kesihatan dan kemampuan setiap individu adalah berbeza,dan ramai dalam kalangan mereka masih mampu memandu dengan selamat serta bertanggungjawab.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.