07-15
Wabak kolera di Republik Afrika Tengah ragut 37 nyawa
2026-07-15
HaiPress

Foto fail Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
BANGUI,15 Julai – Republik Afrika Tengah berdepan penularan wabak kolera yang semakin membimbangkan apabila 436 kes disahkan dengan 37 kematian direkodkan,terutama di daerah kesihatan Bimbo dan Mbaiki.
RINGKASAN BERITA AI
−
Seorang peniaga,Leocadie Samba berkata,penduduk hidup dalam kebimbangan kerana wabak itu boleh membawa maut.
“Kami tahu penyakit ini boleh membunuh,tetapi tidak tahu banyak mengenainya. Kerajaan perlu melakukan segala yang termampu untuk membantu kami.
“Kami sangat terdedah kerana tiada bekalan air dan sabun. Kami hidup dalam ketakutan setiap hari di pasar ini,” katanya.
Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF),hampir separuh daripada kes yang direkodkan membabitkan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun,sekali gus menjadikan golongan itu paling berisiko dijangkiti.
Penularan wabak juga dilaporkan merebak di sepanjang Sungai Ubangi yang bersempadan dengan Republik Demokratik Congo.
Wabak itu merupakan penularan kolera pertama di Republik Afrika Tengah sejak 2016,dengan pihak berkuasa memperhebatkan usaha pengesanan kes,rawatan pesakit,kempen kebersihan serta penyediaan bekalan air bersih bagi mengekang penularan penyakit tersebut.
Kolera merupakan penyakit bawaan air berpunca daripada bakteria Vibrio cholera yang menyebabkan cirit-birit dan muntah teruk sehingga mengakibatkan dehidrasi,dan boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. – VIORY



