07-06
Cadangan Pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin sedang diteliti
2026-07-06
HaiPress

Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan
KUALA LUMPUR,6 Julai – Cadangan pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) sedang diteliti menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi membantu majikan mengekalkan produktiviti tanpa menjejaskan penyertaan tenaga kerja wanita.
RINGKASAN BERITA AI
−
Cadangan itu turut merangkumi pembiayaan menerusi Dana Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan (KWIP) pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan tanpa membebankan peruntukan kerajaan atau kewangan operasi syarikat.
Selain itu,pendekatan perkongsian liabiliti diyakini mampu membantu majikan mengekalkan pekerja berpengalaman,sekali gus mengelakkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja wanita serta meningkatkan keyakinan industri dalam mendepani peningkatan kos operasi.



