06-25
Pembinaan perumahan sewa mampu milik untuk penjawat awam, dipercepat
2026-06-26
HaiPress

Langkah diambil susulan maklum balas yang diterima berhubung peningkatan kos sewa rumah
DENGKIL,26 Jun – Kerajaan akan mempercepat pembangunan perumahan sewa mampu milik untuk penjawat awam di atas tanah milik kerajaan bagi membantu mengurangkan beban kenaikan kadar sewa,khususnya di bandar-bandar utama.
RINGKASAN BERITA AI
−
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah diambil susulan maklum balas yang diterima daripada penjawat awam di beberapa negeri berhubung peningkatan kos sewa rumah yang menjejaskan perbelanjaan isi rumah mereka.
“Walaupun kerajaan telah melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam,kenaikan kadar sewa di kawasan seperti Johor Bahru,Kuala Lumpur,Seremban dan Ipoh menyebabkan sebahagian daripada peningkatan pendapatan itu tidak dapat menampung kos perumahan,”katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah,di sini.
Datuk Seri Anwar turut menjelaskan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan inisiatif berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesejahteraan penjawat awam dan membantu mereka menghadapi peningkatan kos sara hidup,khususnya berkaitan perumahan.



