06-25
Had subsidi 200 liter petrol sebulan cukup untuk kegunaan harian
2026-06-26
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Jun – Majoriti pengguna berpandangan had subsidi 200 liter petrol sebulan menerusi program BUDI MADANI RON95 masih mencukupi untuk kegunaan harian,namun mengakui keperluannya berbeza mengikut jarak perjalanan,jenis kenderaan dan saiz isi rumah.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Bagi saya,kuota 200 liter yang diberikan agak mencukupi kerana rumah dan tempat kerja saya agak dekat,jadi tak ada masalah untuk saya.
“Cuma ada juga rakan sekerja saya yang memberitahu bahawa kuota itu agak tidak mencukupi atas faktor jarak perjalanan antara rumah dan tempat kerja agak berjauhan,” katanya.
Pandangan sama turut disuarakan seorang lagi penjawat awam,Siti Rabi’atul ‘Adawiyah Arip.
Katanya,kuota 200 liter sebulan mencukupi bagi kegunaan individu,namun mungkin tidak memadai untuk sesetengah keluarga.
“Pendapat saya,kuota 200 liter sebulan cukup untuk seorang,bergantung kepada perjalanan dan jenis kenderaan. Tetapi untuk penggunaan kenderaan yang berkeluarga,mungkin tidak mencukupi kerana dengan kuota yang telah dihadkan,” katanya.
Bagi penjawat awam yang bertugas di Miri,Sarawak,Shahratul Akbar Mohamad Shamsuddin,had subsidi berkenaan masih mencukupi untuk menampung keperluan hariannya.
“Selaku penjawat awam yang bertugas di Daerah Miri,had subsidi 200 liter sebulan itu masih cukup memadai buat saya.
“Kerana perjalanan saya hanya ke tempat kerja,menghantar anak-anak ke sekolah dan juga isteri ke tempat kerja,serta urusan harian di kawasan yang berhampiran. Dengan perancangan perjalanan juga dapat menggunakan bahan api secara terkawal,” katanya.
Terdahulu,Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan kurang satu peratus penerima manfaat program BUDI MADANI RON95 menggunakan lebih daripada 200 liter petrol sebulan sejak ia diperkenalkan pada Oktober tahun lalu hingga Mei lalu.



