06-18
Gempa bumi 6.3 magnitud gegar Wilayah Qinghai, 19 gempa susulan direkodkan
2026-06-17
HaiPress

Foto REUTERS
BEIJING,17 Jun – China telah mengaktifkan tindak balas kecemasan tahap empat (paling kritikal) susulan gempa bumi kuat 6.3 magnitud yang mengegarkan Wilayah Qinghai di barat laut China pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut pusat pemantauan,gempa berkenaan dikesan pada kedalaman 10 kilometer.
Pihak kementerian turut mengarahkan usaha berterusan bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap,mengagihkan barangan bantuan,menempatkan semula penduduk terjejas serta memantau rapi sebarang aktiviti gempa susulan.
Setakat ini,Pasukan Bomba dan Penyelamat Komprehensif Kebangsaan telah mengatur gerak seramai 320 anggota penyelamat,78 kenderaan dan 10 anjing pengesan ke lokasi kejadian.
Bagi menyokong operasi bantuan di Qinghai,sebanyak 10,000 barangan bantuan bencana disediakan termasuk khemah,kit kecemasan keluarga dan peralatan lampu kecemasan.- REUTERS



