06-11
300 prospek sertai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Zon Utara
2026-06-10
HaiPress

Foto RTM
POKOK SENA,10 Jun – Seramai 300 prospek dari utara tanah air yang bakal menamatkan hukuman penjara menyertai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MYFutureJobs Lindung Kerjaya “Tiada Yang Terpinggir” 2026 Zon Utara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Program ini memberi penekanan kepada pemulihan dan reintegrasi sosial yang berterusan bagi membantu prospek kembali berfungsi sebagai anggota masyarakat yang produktif.
Bagi Karim (bukan nama sebenar),karnival ini memberi peluang kepada mereka untuk mencari peluang pekerjaan dan tidak lagi dipandang rendah.
“Bagi kami bekas banduan,bila keluar kami tidak tahu mahu kerja apa. Bila ada program sebegini,bagusla untuk rasa ada jati diri balik dan rasa dihargai oleh masyarakat sekeliling,” katanya.
Manakala seorang lagi prospek,Abu (bukan nama sebenar) juga memuji program ini yang membuka peluang untuk golongan sepertinya berubah ke arah kebaikan.
“Terima kasih kepada pihak penjara juga sebab mengadkan program sebegini untuk kami. Saya minta orang luar jangan pandang rendah kepada kami yang ingin berubah kepada kebaikan. Saya ketika berada dalam penjara pandai memasak jadi selepas dibebaskan saya ingin menjadi tukang masak,” katanya.



